Gamat Emas Sdn Bhd
Selamat Datang Ke Laman Web Gamat Emas Sdn Bhd
Laman Utama Profil Syarikat Info Produk Keistimewaan Plan Pemasaran Testimoni
Aktiviti & Seminar | Berita Gamat Emas | Galeri Gemilang | Pusat Jualan Utama & Stokis | E-Majalah GE.COM
Gamat Emas : Keunggulan Tanpa Keraguan
Gamat éMas Sdn. Bhd. (GESB) merupakan syarikat milik bumiputera 100% dengan mendukung impian memartabatkan produk gamat bukan sahaja pada peringkat tempatan, malah menembusi pasaran antarabangsa dan masyhur di mata dunia. Penumpuan terhadap keberkesanan dan kualiti produk yang dihasilkan membuatkan syarikat Gamat éMas turut menjalinkan usahasama dengan SIRIM Bhd untuk mengekalkan piawaian mutu tanpa kesangsian tentang kesan sampingan. Malah R & D yang dijalankan oleh SIRIM Bhd. memantapkan lagi keunggulan produk Gamat éMas berbanding dengan produk lain di pasaran.
 
PROMOSI STOKIS & PENGURUS BARU - SEHINGGA 31 Disember 2008
Klik imej untuk besarkan, jika  paparan maklumat tidak jelas.
Konvensyen PJU & Stokis Peringkat Kebangsaan 2008
GESB @ MEDIA : MAJALAH HARMONI

MAJALAH HARMONI : NOVEMBER 2008

Bermula Mac 2008, GESB akan membuat pengiklanan di dalam majalah Harmoni dengan membawa mesej-mesej utama tentang produk-produk pilihan yang terlaris dan senarai PJU/Stokis untuk dihubungi.

Jangan ketinggalan untuk melihat iklan-iklan ini bersama-sama ruangan tetap sumbangan Pengasas GESB di dalam ruangan Doktor & Anda sehingga bulan Disember 2008 ini.

Cuma RM 4.00 sahaja senaskah, diterbitkan 2 x sebulan. Cepat dapatkan di pasaran...sebelum kehabisan.

GESB mengalu-alukan sebarang penyertaan di kalangan rakaniaga dan usahawan syarikat dalam Ruangan Doktor & Anda, Majalah Harmoni sehingga bulan Disember ini.

Hantarkan soalan anda tentang masalah kesihatan ke Ibu Pejabat GESB (perhatian: Pengelola Ruangan Doktor & Anda) atau e-mailkan kepada doktoranda@gamatemas.com.my
* Surat terpilih akan diberi cenderahati.

INFO PRODUK :: BEAUTREME
Cantik, Ramping & Bergaya


Beautreme diformulasi untuk membantu pembakaran lemak secara efektif. Beautreme mengurangkan penyimpanan lemak.Beautreme mengurangkan selera makan. Beautreme diperkaya dengan serat yang merangsang pergerakan usus untuk mengeluarkan bahan sampingan pembakaran lemak. Kandungan multivitamin dan garam galian memastikan keperluan badan bagi zat nutrisi semasa program melangsingkan badan tidak diabaikan.
[klik untuk selanjutnya]

NOVEMBER 2008
31 Oct Closing Submission (Oktober)
7 Nov Bonus Tree (Oktober)
8, 10 & 11 Nov Top-Up (Oktober)
15 Nov Cuti Sabtu Ketiga

* Tertakluk kepada perubahan.

Talian Maxis Khidmat Pelanggan

Memperkenalkan Talian Maxis Khidmat Pelanggan 012-7195474 yang telah pun efektif kini. Para usahawan, rakaniaga, pengendali-pengendali PJU dan Stokis boleh menggunakan talian ini untuk mengemukakan ADUAN sahaja. Manakala talian aduan yang lama akan dimansuhkan berkuatkuasa 1.1.2009. Harap maklum.

   
Khidmat SMS GESB sedang diselenggara!
 

Untuk makluman rakaniaga dan usahawan GESB, perkhidmatan SMS GESB seperti yang disiarkan di dalam laman web rasmi akan digantung buat sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak. Ini berikutan aktiviti penyelenggaraan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Khidmat SMS ini di masa hadapan.

   

TEMPOH PEMPROSESAN GANTIAN SEMULA
Bonus Cek & Baucer


Untuk makluman rakaniaga GESB, sebarang aduan melibatkan bonus yang tidak diterima, akan diproses selepas 30 hari dari tarikh pengeposan bonus yang pertama. Ini bermakna gantian semula bonus baucer dan bonus cek akan dibuat selepas 30 hari dari tarikh bonus diposkan.

Contoh adalah seperti berikut:

Pos bonus bulan Mei 2008 pada:
11 Jun 2008
Tempoh pemprosesan gantian semula bonus: 30 hari.
Jangkaan tarikh gantian semula bonus: 12 Julai 2008.

Proses ini tidak melibatkan aduan bonus bagi ahli yang tidak menyertakan maklumat lengkap seperti alamat yang tidak tepat dan sebagainya. Ianya hanya melibatkan aduan yang berkaitan masalah pos.

Tempoh 30 hari yang diambil ini adalah untuk tujuan pengesahan dan semakan oleh Jabatan Akaun bahawa bonus terdahulu tidak dikontra atau dibank-in sebanyak 2 kali.

Pertanyaan? Sila hubungi Jabatan Khidmat Pelanggan atau jabatan MIS ditalian 03-89431111.

   

BAUCER TUNAI & BAUCER PRODUK TAMAT TARIKH LUPUT

Rakaniaga & usahawan GESB yang dihormati, GESB mendapati bahawa terdapat sebilangan PJU/ Stokis mahupun rakaniaga yang masih menyerahkan Baucer Tunai (CV) dan Baucer Produk (PV) yang telah melebihi tarikh luput untuk dikontra dengan pembelian produk-produk.

Untuk makluman semua pengendali PJU/Stokis dan juga rakaniaga GESB, Baucer Tunai dan Baucer Produk yang telah melebihi tarikh luput tidak akan diterima lagi. Baucer tunai hanya SAHLAKU untuk tempoh 6 BULAN dari tarikh ia dikeluarkan. Bagi Baucer Produk pula hanya SAHLAKU untuk 3 BULAN sahaja dari tarikh ia dikeluarkan. Harap maklum.

   
PENDAFTARAN KEAHLIAN BARU

Untuk makluman, sebarang proses pendaftaran keahlian syarikat baru yang melibatkan nama syarikat, perlu disertakan dengan salinan ROC/ROB. Pendaftaran ahli baru hanya boleh dibuat sekiranya salinan dokumen tersebut diterima atau dilampirkan. Ini sebagai rujukan dan rekod syarikat.

   

PENINGKATAN Sistem Komputer Untuk Perkhidmatan Lebih EFISIEN

GESB kini sedang meningkatkan sistem komputer syarikat untuk memberikan kemudahan dan taraf perkhidmatan yang lebih efisien dan baik kepada semua rakaniaga di masa akan datang. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi Jabatan MIS GESB di talian 03-8943 1111 sambungan Cik Jaslinda Jasmani.
Kerjasama rakaniaga amat dialu-alukan.

   
SUBMISSION
Bermula Januari 2008, tuan/puan dikehendaki membuat submission seperti berikut:

Stokis
Submission akhir ke PJU adalah pada 2 hari sebelum tarikh akhir setiap bulan.

PJU
Submission akhir yang harus sampai ke GESB adalah pada setiap tarikh akhir bulan.

Top up
Sehari (1) *tertakluk kepada perubahan sahaja (tarikh akan dimaklumkan di dalam Info Marketing atau Penyata Bonus pada bulan sebelumnya). Tujuan submission sebegini adalah untuk GESB mengeluarkan bonus lebih awal kepada rakaniaga.

Sekiranya terdapat submission yang dibuat melepasi tarikh yang telah ditetapkan, maka submission tersebut akan dikira sebagai submission pada bulan berikutnya.
   
2 Cara & Prosedur Pengaktifan Semula Keahlian Lama
1. Tanpa Perubahan Penaja
2. Dengan Perubahan Penaja
Klik disini untuk maklumat lanjut
   
Gamat Emas Sdn Bhd
Hak milik Terpelihara © Gamat Emas Sdn Bhd 1999 - 2007
Hit ini recordkan sejak Feb 2007