|
Bolehkan wanita mengandung mengambil produk gamat eMas? |
|
|
|
|
Written by Perunding GESB
|
|
Monday, 11 August 2008 00:42 |
|
Dari perspektif perubatan, penggunaan sebarang ubat-ubatan adalah tidak digalakkan ketika mengandung. Tetapi ubat yang diketahui selamat seperti Paracetamol, Piriton dll (berdasarkan pengalaman penggunaan ubat tersebut yang tidak mendatang kesan kepada proses pengandungan) adalah dibenarkan. Produk gamat eMas merupakan produk semulajadi dan berdasarkan mereka yang telah menggunakan produk tersebut ketika mengandung, ianya tidak mendatangkan kesan yang memudaratkan kepada kandungan. Walaubagaimanapun digalakkan penggunaan produk hanya selepas 4 bulan mengandung. Ini untuk mengelakkan sebarang kontroversi yang mungkin timbul jika berlaku sesuatu kepada janin maka dikhuatiri produk gamat eMas akan disalahkan. Sebenarnya banyak perkara lain yang mempengaruhi kesihatan janin seperti pemakanan si ibu (kopi, nescafe, ubatan kimia dll), merokok, minuman keras, jangkitan, stress, faktor genetik dan mutasi dll. Aspek ini perlulah diambil kira bagi kes komplikasi pada janin ketika mengandung. Oleh itu gunakan produk gamat eMas pada penghujung tempoh mengandung (7 atau 8 bulan) ataupun paling selamat selepas bersalin.
|
|
Last Updated on Wednesday, 22 December 2010 03:34 |