Skip to content

http://www.gamatemas.com.my/v3/

Increase font size Decrease font size Default font size default color orange color green color
You are here: Laman Utama Profil Syarikat Biodata Lembaga Pengarah
Biodata Lembaga Pengarah PDF Print E-mail
Tuesday, 31 March 2009 03:06

Datuk Hj Adenan
PENGERUSI GESB
Datuk Hj. Adenan Hj. Mohamad Zain

Leftenan Jeneral (B) Datuk Hj. Adenan Hj. Mohamad Zain berkelulusan Diploma Politics and International Relations dan Ijazah Sarjana (MA) dalam International Relations dari University of Kent, Canterbury, Unites Kingdom. Beliau turut memegang Ijazah Sarjana (MSc) dari University of Madras, India, Diploma (PSC) dari Defence Service Staff College (DSSC) Wellington, India dan PSC dari Maktab Turus Angkatan Tentera, Haigate, Malaysia. Telah berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 38 tahun sebelum bersara wajib sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera di Kementerian Pertahanan pada 10 November 2004. Beliau dikurniakan beberapa pingat dan darjah kebesaran di peringkat ATM, negeri dan Persekutuan yang membawa gelaran Datuk. Datuk Hj. Adenan merupakan peneroka visi dan misi syarikat yang utama, bersesuaian dengan peranan beliau selaku Pengerusi GESB, syarikat MLM bumiputera terunggul di Malaysia.

Peneroka Visi & Misi


MDPENGARAH URUSAN
Rosedy Bin Issa

Rosedy Issa mempunyai pengalaman kerja yang luas di dalam bidang pengurusan. Beliau telah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Penyelidik di University of Sheffield, United Kingdom pada tahun 1977 selain pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya pada tahun 1980. Beliau berkelulusan Bachelor of Science (Hons) di dalam bidang Mathematics & Science Computer dan Master of Science (Computer Control & System Engineering) di University of Sheffield, United Kingdom. Pada tahun 1982, beliau menerajui Sepakat Computer Consultant Sdn. Bhd. selaku Pengarah Urusan yang mengurus secara langsung jabatan-jabatan perancangan korporat, kewangan, pemasaran, pembangunan perniagaan dan projek-projek khas. Selaku Pengarah Urusan GESB, beliau berperanan sebagai peneraju syarikat yang bertanggungjawab membangun dan melakar hala tuju syarikat yang lebih unggul, cemerlang dan gemilang.

Peneraju Syarikat

 
EDPENGARAH EKSEKUTIF
Roselan Bin Issa

Roselan Issa merupakan pemegang Ijazah Kejuruteraan Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia. Beliau memulakan karier sebagai Juruanalisa Sistem di Sepakat Computer Consultant Sdn. Bhd. pada tahun 1982. Pernah menyertai beberapa syarikat ternama sebagai Pengarah Projek di Keretapi Tanah Melayu, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak, Pejabat Setiausaha Negeri Perak, Jabatan Akauntan Negara, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tenaga Nasional Berhad dan sebagainya. Beliau berpengalaman menghadiri konvensyen antarabangsa antaranya seperti ‘COMDEX 1998’ Las Vegas, ‘International Oracle User Week’ (1989, Dallas, USA), ‘International Oracle Users Group’ (1992, San Francisco, USA) selain pernah mengendalikan beberapa projek seperti ‘IT Strategic Planning (ISP)’ dengan usahasama Price Waterhouse untuk Universiti Malaya dan Kementerian Kewangan. Selaku Pengarah Eksekutif yang memiliki kepakaran dan pengalaman yang luas sebagai Penganalisis Sistem Komputer, Roselan Issa adalah penjana inovasi yang bertanggungjawab membangunkan pengaplikasian perisian sistem maklumat di dalam GESB.

Penjana Inovasi


DPENGARAH EKSEKUTIF
Sulaiman Abdullah

Sulaiman Abdullah, seorang graduan dari Pusat Pengajian Tinggi Singapura, telah membina karier yang cemerlang sejak tahun 1973 di dalam pelbagai sektor antaranya syarikat Bestobell Pte. Ltd., Philips Telecommunication dan sebagainya sebelum melanjutkan pengajian di dalam bidang Perakaunan di Institut Teknologi Mara (ITM) dan Business Management di Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Beliau telah terlibat di dalam bidang Pengurusan, Pembekalan Tenaga Kerja, Jururunding HR dan Konsultansi selama 16 tahun sehingga kini. Sulaiman Abdullah merupakan Ahli Lembaga Pengarah bagi syarikat Timesources Sdn. Bhd. dan Pengarah GESB. Kegigihan dan semangat juang yang ditonjolkan oleh beliau sebagai salah seorang Pengasas yang membangunkan GESB menjadi syarikat MLM yang kukuh dan berjaya telah membina iltizam di kalangan golongan usahawan bumiputera mampan untuk terus berkekalan bersama syarikat sehingga kini.

Pembina Iltizam

 


AdPENASIHAT GESB
Shaifubahrim Mohd. Saleh

Shaifubahrim Mohd. Salleh memiliki pengalaman yang luas di dalam organisasi multinasional seperti IBM, Oracle, Logica, Banyan System dan Data General. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Aironet Wireless dan Cisco System Malaysia. Beliau merupakan ahli aktif kepada Lembaga K-ICT, Pulau Pinang, di samping menjadi Penasihat PIKOM dan Ahli Lembaga Pengarah bagi Edaran Digital Berhad serta Red Tone International Berhad. Terkini, Shaifubahrim merupakan Pengarah Eksekutif kepada G-Tek Electronics, subsidari kepada Multimedia Development Corporation dan Penasihat GESB. Sebagai seorang tokoh korporat yang telah berkecimpung dalam bidang ICT sejak 25 tahun, beliau telah merintis bidang tersebut dengan penuh tanggungjawab apabila berjaya membangunkan industri ini di Malaysia, di negara-negara rantau Asia dan Timur Tengah.

Perintis Dunia Korporat

Last Updated on Tuesday, 21 June 2011 09:21
 

Menu Utama


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/gamat/public_html/v3/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Profil Syarikat


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/gamat/public_html/v3/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Daftar Masuk



Jumlah Pengunjung

We have 3 guests online

DIARI MARKETING


Mac 2012
28hb Feb

Closing Submission (februari)

7hb Mac

Bonus Tree (Februari)

8hb Mac

Top Up (Februari)

* Tertakluk kepada perubahan

Informasi Terkini

Sejajar dengan senario semasa, Majlis Penganugerahan & Preview Perdana (MPPP) kini gah dengan gelaran baru "MALAM JUARA" adalah untuk meraikan Penganugerahan Manager, Gold Manager & Gold Director.

Pandangan

Apa pandangan anda tentang wajah baru portal GESB?