Skip to content

http://www.gamatemas.com.my/v3/

Increase font size Decrease font size Default font size default color orange color green color
You are here: Laman Utama Profil Syarikat Latar Belakang Syarikat
Latar Belakang Syarikat PDF Print E-mail
Tuesday, 31 March 2009 03:07
Latar Belakang


“Gamat eMas Sdn. Bhd. (GESB), merupakan sebuah syarikat 100% milik penuh bumiputera”

Gamat eMas Sdn. Bhd. (GESB), merupakan sebuah syarikat 100% milik penuh bumiputera. telah ditubuhkan dan  diasaskan oleh pengasasnya iaitu Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri pada tahun 1999.

Terdiri daripada enam orang pengarah yang memiliki pengalaman tersendiri yang sangat berharga di dalam bidang perniagaan iaitu Datuk Haji Adenan Haji Mohamad Zain (Pengerusi), Rosedy Issa (Pengarah Urusan), Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri (Pengasas), Roselan Issa (Pengarah Eksekutif) Sulaiman  Abdullah (Pengarah) dan Shaifubahrim Mohd. Salleh (Penasihat).

Gandingan ke enam-enam orang anak Melayu ini telah menyumbang satu perniagaan yang memberi  khidmat bukan sahaja terhadap kesihatan pengguna bahkan, mewujudkan peluang mendapatkan pulangan lumayan bagi individu yang berminat untuk menceburi perniagaan pemasaran berangkaian di pasaran tempatan.

Gamat eMas Sdn. Bhd. telah berjaya meluaskan pasarannya ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Kini, GESB merancang untuk menembusi pasaran luar negara terutamanya di rantau ASEAN seperti Thailand, Singapura, Brunei Darussalam dan Indonesia.   

MENGAPA GAMAT EMAS MENJADI PILIHAN ANDA?

Sejak kebelakangan ini, masyarakat Malaysia semakin mendekatkan diri untuk mengamalkan perubatan tradisional yang dimodenkan. Kefahaman ke arah produk kesihatan yang berasaskan bahan semulajadi ini semakin popular memandangkan ia dapat mengelakkan pendedahan bahan- bahan kimia yang mungkin memudaratkan kepada system tubuh manusia.

Berdasarkan ini, Syarikat Gamat Emas Sdn. Bhd. (GESB), memberikan penekanan terhadap penghasilan dan pemasaran produk- produk kesihatan dan penjagaan badan yang berkonsepkan traditional yang telah diubahsuaikan mengikut citarasa dan formulasi terkini. Gamat antaranya, merupakan produk yang mendapat keyakinan nenek moyang kita sejak turun temurun lagi.

Fokus kami adalah untuk mmengkomersialkan produk- produk sedemikian yang diolah semula agar dapat memenuhi citarasa tempatan di samping memperkenalkannya ke pasaran antarabangsa. Produk- produk lain yang berasaskan kesihatan juga mendapat penelitian kami untuk dijalankan penyelidikan sebelum diketengahkan sebagai koleksi penjagaan kesihatan GESB. Konsep memasarkan produk tradisional berkualiti menekan ke arah pengetahuan dan pemahaman mengenai produk, sokongan teknikal yang berterusan dan mengutamakan kepuasan pengguna merupakan teras di mana kami akan memperkenalkan kepada selera pasaran semasa. Bagi memastikan kemantapan kualiti produk, kami menjalinkan usahasama dengan SIRIM Berhad dan melantik Pro. Dr. Ridzwan Hashim sebagai Konsultan GESB.

Kami yakin, sesungguhnya syarikat ini masih baru, usaha yang gigih serta produk yang mantap dan bermutu yang kami ketengahkan ini, dapat membantu kami menapak langkah demi langkah hingga ke mercu kejayaan.

Gandingan pengurusan yang berdedikasi, berpengalaman dan disertakan dengan kakitangan yang profesional GESB berharap akan dapat menonjolkan produk- produk keluaran Malaysia ke peringkat antarabangsa tanpa melupakan kehendak pasaran tempatan.

Last Updated on Monday, 15 March 2010 05:50
 

DIARI MARKETING


SEPT & OKT 2010

28/8

Closing Submission (Ogos)

6/9
Bonus Tree (Ogos) (sblh petang)
7/9 Top Up (Ogos)
9/9 hingga 13/9

Cuti Hari Raya Aidilfitri

30/9

Closing Submission (Sept)

2/10  

Rumah Terbuka GESB

6/10 

Bonus Tree (Sept)

7/10

Top Up (Sept)

* Tertakluk kepada perubahan

Informasi Terkini

DAPATKAN VCD & DVD DI MEDIA!!!Rakaman Dr Syid di media seperti Wanita Hari Ini di TV3, rakaman testimoni & Medik TV. Cepat dapatkan sebelum habis di pasaran!!!Hanya RM 5.00 sahaja!!!

Pandangan

Apa pandangan anda tentang wajah baru portal GESB?