Skip to content

http://www.gamatemas.com.my/v3/

Increase font size Decrease font size Default font size default color orange color green color
You are here: Laman Utama Keistimewaan Apa Itu Gamat ?
APA ITU GAMAT? PDF Print E-mail

Gamat atau Timun Laut merupakan sejenis haiwan Invertebrata (tanpa tulang belakang) laut yang meraih populariti dewasa ini disebabkan khasiat dan nilai terapeutiknya yang mengkagumkan. Malah, kuasa penyembuhannya telah diagungkan dan dimanfaatkan oleh nenek moyang kita sejak lebih 300 tahun dahulu. Tergolong di dalam Filum Ekinodermata, spesies Timun Laut yang didapati berkesan dari segi nilai perubatannya adalah daripada genus Stichopus atau lebih dikenali sebagai Gamat. Nama lainnya mengikut panggilan setempat termasuklah balat, bat, brunok, trepang atau hoi-sum. Hampir 42 spesies Timun Laut telah dikenalpasti di perairan Malaysia sementara lebih dari 2,000 spesies wujud di serata dunia.

Gamat 1Umumnya haiwan ini berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan di bahagian anterior dan poterior. Pembiakan boleh secara seksual atau aseksual. lanya adalah haiwan detritus iaitu makan secara menyapu pasir ke dalam mulut. Pergerakan haiwan yang lambat menyebabkan ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan tubuh yang efisien iaitu mengeluarkan holothurin yang toksik dan dapat melumpuhkan haiwan kecil. Holothurin dikeluarkan oleh kelenjar khusus yang dikenali sebagai kuvier. Sebatian ini telah dicamkan seawal tahun dua puluhan dan hanya diberi penekanan yang intensif pada tahun 1950an. Saponin adalah holothurin yang utama yang dipercayai berkesan dalam penyembuhan luka, rawatan selepas bersalin dan sebagai antifungus.

Kajian timun laut tempatan hanya bermula pada awal 1980-an di Universiti Kebangsaan Malaysia,Kampus Sabah. Kemudian muncul beberapa kumpulan . penyelidik lain misalnya dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga kini begitu tekun menjalankan ujikaji untuk mengenalpasti bahan-bahan bioaktif di dalam Gamat untuk mengesahkan keberkesanannya. Kumpulan yarg terdiri lebih daripada 20 orang ahli akademik ini diterajui oleh Prof. Dr. Ridzwan Hashim.

gamat 2Analisa ke atas tubuh dan cecair selom Gamat mendapati yang ianya tinggi dengan kandungan protein yang melebihi 44%, manakala karbohidrat antara 3-5% dan lemak sebanyak 1.5%. Komponen komponennya termasuklah asid amino esential, kolagen, vitamin E, zat-zat galian seperti kromium, ferum, kadmium, mangan, nikel, kabalt dan zink. Kandungan asid lemak mustahak seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega dekosaheksaenoik) turut memainkan peranan penting sebagai agen penyembuh luka dan antithrombotik iaitu berupaya mengurangkan kejadian pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit strok dan sakit jantung. Kedua-dua asid ini dipercayai juga membantu memperlahankan proses degenerasi sel di samping melambatkan proses penuaan. Bahan bioaktif di dalam Gamat turut berkesan sebagai antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan sel dan tisu tubuh. la juga penting, unik dan menjamin kesuburan badan. Kesan anti-bakteria dan anti-fungus meningkatkan kemampuannya untuk tujuan rawatan kulit. Gamat juga didapati mempunyai kesan antinosiseptif (penahan sakit) dan antiinflamasi (lawan radang dan surut bengkak). Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan Gamat sebagai agen antihipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi). Sementara kajian-kajian lain turut menunjukkan kesan positif gamat terhadap sistem kardiovaskular dan kontraktiliti otot jantung. Sejak kebelakangan ini pula, kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan potensi Gamat sebagai antitumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit AIDS.

Secara tradisional pula, Gamat dipercayai berkesan untuk meningkatkan kesihatan badan, mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman, mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lengoh otot, menghindari masalah alahan dan lelah, melawan radang dan meredakan bengkak, melancarkan pengaliran darah, memulihkan sistem peranakan selepas bersalin, mencantikkan kulit dan awet muda, meningkatkan metabolisme dan membantu masalah keletihan, menghindari sembelit dan masalah buasir, menguatkan tenaga batin, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal kencing manis. Menyedari hakikat Gamat memiliki khasiat keberkesanan yang tinggi sehingga boleh menandingi akar ginseng, kami di GESB memformulasikan produk-produk Gamat di bawah pengawasan pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama eMAS khusus untuk anda!

 
 

DIARI MARKETING


SEPT & OKT 2010

28/8

Closing Submission (Ogos)

6/9
Bonus Tree (Ogos) (sblh petang)
7/9 Top Up (Ogos)
9/9 hingga 13/9

Cuti Hari Raya Aidilfitri

30/9

Closing Submission (Sept)

2/10  

Rumah Terbuka GESB

6/10 

Bonus Tree (Sept)

7/10

Top Up (Sept)

* Tertakluk kepada perubahan

Informasi Terkini

Penutupan operasi GESB sempena Aidilfitri 1431 H pada 9 September 2010 sehingga 13 September 2010. GESB akan beroperasi semula pada 14 September 2010 bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Harap maklum.

Pandangan

Apa pandangan anda tentang wajah baru portal GESB?