Skip to content

http://www.gamatemas.com.my/v3/

Increase font size Decrease font size Default font size default color orange color green color
You are here: Laman Utama Keistimewaan Prof Dr. Ridzwan Hashim
Prof Dr. Ridzwan Hashim PDF Print E-mail
Written by Nik Fatihas   
Tuesday, 31 March 2009 04:08

Prof Dr Ridzwan HashimProfesor Dr. Haji Ridzwan Haji Hashim P.M.K dilahirkan pada 3 Mei 1951 di Nipah Bachok, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan dan seterusnya melanjutkan pengajian di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak pada tahun 1969 dan di peringkat Diploma dalam bidang Pertanian dari Kolej Pertanian Malaya, Serdang pada tahun 1969. Beliau memperoleh Ijazah Pertama dari Louisiana State University pada tahun 1974 dan seterusnya Ijazah Sarjana dari University of Arkansas, USA (1975-1976) dan kembali berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kemudian beliau meneruskan pengajian dalam bidang Fisiologi dan Farmakologi di Universiti Of Strathclyde dan dianugerahkan Doktor Falsafah di universiti yang sama pada tahun 1982. Namun, sumbangan beliau yang paling penting serta penuh bermakna kepada rakyat Malaysia dan pembangunan ekonomi negara ialah di dalam penyelidikan tentang Timun Laut dan Gamat yang telah bermula seawal tahun 1983. Penemuan Gamat Emas (Stichopus hermanii) iaitu antara spesies terbaik gamat adalah salah satu penemuan penting yang pernah dikemukakan oleh beliau sepanjang penyelidikan tersebut.

Prof. Dr. Ridzwan Hashim kini bertugas sebagai Dekan di Kulliyyah of Science, di Universiti Islam Prof di PejabatAntarabangsa, Kampus Kuantan, Pahang. Sebagai penyelidik, pensyarah dan penyelia pelajar-pelajar peringkat Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda, beliau juga merupakan penulis pelbagai buku dan makalah-makalah serta jurnal-jurnal ilmiah. Sungguh membanggakan, hasil kajian beliau yang dimuatkan dalam buku Sumber Makanan Persisiran Laut Sabah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993 sehingga kini menjadi rujukan utama para penyelidik dan individu yang terlibat dalam kajian kehidupan laut di Malaysia.

Prof. Dr. Ridzwan yang sering diundang membentangkan kertas-kertas penyelidikan ke persidangan-persidangan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa juga sering ke udara dalam program TV3 dan RTM seperti Rancangan Bincang Petang, beberapa dokumentari, serta akhbar utama tempatan dan majalah, selain sering dirujuk sebagai penasihat pembikinan dan penggambaran dokumentari tentang Gamat dan Timun Laut di Malaysia.

Prof Dr Ridzwan Hasil PenulisanDi atas komitmen yang tidak berbelah bagi dan minat yang cukup mendalam dalam kehidupan laut dan penyelidikan marin, Prof. Dr. Ridzwan Hashim telah diberi kepercayaan untuk mengetuai sekumpulan penyelidik dengan bantuan geran IRPA (Kementerian Sains dan Teknologi-1997).

Hasil kajian beliau mengenai penghasilan Gamat di dalam sangkar khas telah menerima pengiktirafan dalam The Malaysian Book of Record, Edisi New Millenium 2000 sehingga diiktiraf sebagai penternak timun laut pertama di Malaysia.

PROFIL PROF. DR. RIDZWAN HASHIM (P.M.K)
Asal Pasir Mas, Kelantan
Umur 56 tahun
Pendidikan Awal Sekolah Rendah Sultan Ibrahim,
Pasir Mas
  Sekolah Menengah Sultan Ibrahim,
Pasir Mas
Pendidikan Tinggi Diploma Pertanian, Kolej Pertanian Malaya, 1972
  Ijazah Sarjana Muda (Sains Haiwan), Louisiana State University, 1974
  Ijazah Sarjana Sains (Fisiologi Makanan), University of Arkansas, Amerika Syarikat, 1976
  Doktor Falsafah (Fisiologi Neurohumoral), University of Strathclyde, United Kingdom, 1982
Keahlian dan Pengiktirafan Ahli Majlis Penyelidikan Lembah Danum (1992-1993)
  Tersenarai Dalam Malaysia Book of Records kerana kajian dalam timun laut pada 2000
  Ahli Jaringan Malaysia Bagi Pemuliharaan dan Pengurusan Mapan Holothurian Antarabangsa
  2007 : Penganugerahan Darjah Kebesaran Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia Peringkat Ketiga (Al-Muhammadi III) P.M.K

Last Updated on Saturday, 13 February 2010 06:23
 

DIARI MARKETING


SEPT & OKT 2010

28/8

Closing Submission (Ogos)

6/9
Bonus Tree (Ogos) (sblh petang)
7/9 Top Up (Ogos)
9/9 hingga 13/9

Cuti Hari Raya Aidilfitri

30/9

Closing Submission (Sept)

2/10  

Rumah Terbuka GESB

6/10 

Bonus Tree (Sept)

7/10

Top Up (Sept)

* Tertakluk kepada perubahan

Informasi Terkini

Penutupan operasi GESB sempena Aidilfitri 1431 H pada 9 September 2010 sehingga 13 September 2010. GESB akan beroperasi semula pada 14 September 2010 bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Harap maklum.

Pandangan

Apa pandangan anda tentang wajah baru portal GESB?