Skip to content

http://www.gamatemas.com.my/v3/

Increase font size Decrease font size Default font size default color orange color green color
You are here: Laman Utama Pelan Pemasaran Faedah Keahlian
Faedah Keahlian PDF Print E-mail
Written by Nik Fatihas   
Tuesday, 31 March 2009 04:13
PENDAFTARAN AHLI
   
Yuran Keahlian RM60.00
Faedah Keahlian (6 K) :
  1. Keahlian Seumur Hidup
  2. Kit Perniagaan
  3. Kupon Insentif :
  i) Untuk Ahli Baru
    a) Baucer Produk RM5.00
    b) Baucer Latihan Tahap 1 RM10.00
     
       
  4. Khairat Kematian
  5. Keistimewaan langganan Majalah Ge.Com untuk 3 (tiga) edisi
  6. Komisen dan Bonus (8 jenis ganjaran)
 
 
KELEBIHAN PELAN PEMASARAN GESB
   
1. Penekanan kepada rangkaian.
  Ini memastikan asas rangkaian yang kukuh agar pengembangan perniagaan dan hasil pendapatan mempunyai daya tahan yang stabil dan berpanjangan.
   
2. Berkadar terus dengan produktiviti kumpulan.
  Hasil pendapatan bergantung kepada jualan kumpulan bulanan. Ini adalah asas yang sihat kepada perniagaan dalam ertikata sebenarnya.
   
3. Tidak perlu membuat pembelian pukal (inventory loading).
  Tidak menekan rakaniaga untuk membuat pembelian yang tidak diperlukan. Memadai jika membuat pembelian pengekalan untuk menikmati faedah dari pelan pemasaran ini.
   
4. Kepelbagaian bonus.
  Ganjaran disediakan untuk menjadi ahli, menaja ahli, mengguna (mengekalkan BV bulanan) dan menjual.
   
5. Hanya perlu membina 3 kumpulan.
  Lebih mudah mencapai dan praktikal untuk memfokus dan membantu kumpulan yang kecil untuk menaikkan pangkat sendiri.
   
6. Tiada had pada generasi.
  Menekankan pengembangan kumpulan ke bawah dan tidak mendatar (susun matahari).
   
7. Akumulatif dan tidak turun naik.
  Kenaikan pangkat adalah secara himpunan BV bulanan tanpa had masa dan tidak berubah.
   
8. Tiada penekanan kepada kumpulan sisi (side group).
  Tidak membebankan untuk menikmati bonus yang maksima.
   
9. Dana yang tidak bersyarat.
  Dana tidak luput dan akan sentiasa meningkat setiap bulan secara himpunan.
   
10. Tiada pemisahan kumpulan (break away).
  Pelan ini menggalakkan untuk membantu kumpulan bawah. Semakin tinggi pangkat kumpulan bawah, semakin tinggilah pangkat anda.
   
11. Mewujudkan perpaduan dan kerjasama antara pemimpin.
  Terdapat bonus yang dikhususkan berdasarkan hasil jualan syarikat dan bukan jualan kumpulan sahaja.
   
12. Boleh diwarisi.
 
 
KELAYAKAN NILAI IMBUHAN DAN SYARAT TUNTUTAN KHAIRAT
KEMATIAN.
   
SYARAT KELAYAKAN
  1. Terbuka kepada semua Ahli GESB.
  2. Berusia 18 tahun hingga 65 tahun (semasa pendaftaran)
  3. Tempoh Perlindungan 24 jam seluruh dunia
  4. Had umur anak ahli yang layak sehingga 18 tahun dan jika masih belajar sehingga berumur 25 tahun
  5. Skim Khairat meliputi kematian biasa / kemalangan atau kematian akibat penyakit
  6. Skim Khairat juga meliputi kematian akibat bencana alam
   
NILAI IMBUHAN
  1. Kematian Ahli sahaja RM2,500.00
  2. Kematian Pasangan sahaja RM2,000.00
  3. Kematian Anak sahaja RM 500.00
  4. Kematian Ahli, Pasangan dan Anak RM2,750.00
   
  NOTA :
 

Nilai imbuhan adalah sah seperti di atas. Walaubagaimanapun jika terdapat banyak tuntutan pada satu bulan, maka nilai imbuhan akan dibahagikan sama rata berdasarkan dana perlindungan yang ditetapkan oleh pihak syarikat iaitu RM8,000 sebulan.

   
SYARAT TUNTUTAN
  1. Ahli mestilah aktif pada 3 (tiga) bulan berturut-turut sebelumnya
  2. Maksud aktif ialah terdapat bukti pengeluaran bonus dari GESB pada bulan sebelumnya
  3. Pewaris mesti mengemukakan bukti laporan polis atau sijil kematian kepada GESB dalam tempoh 14 hari.
Last Updated on Friday, 13 August 2010 07:29
 

DIARI MARKETING


SEPT & OKT 2010

28/8

Closing Submission (Ogos)

6/9
Bonus Tree (Ogos) (sblh petang)
7/9 Top Up (Ogos)
9/9 hingga 13/9

Cuti Hari Raya Aidilfitri

30/9

Closing Submission (Sept)

2/10  

Rumah Terbuka GESB

6/10 

Bonus Tree (Sept)

7/10

Top Up (Sept)

* Tertakluk kepada perubahan

Informasi Terkini

Penutupan operasi GESB sempena Aidilfitri 1431 H pada 9 September 2010 sehingga 13 September 2010. GESB akan beroperasi semula pada 14 September 2010 bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Harap maklum.

Pandangan

Apa pandangan anda tentang wajah baru portal GESB?