Pati Gamat Kurangkan Serangan MIGRAIN

Anda penghidap migrain? Migrain lebih kerap terjadi kepada golongan wanita berbanding lelaki. Sesetengah penghidap mempunyai tanda-tanda awal sebelum diserang migrain seperti melihat cahaya berkelip-kelip, garisan zigzag ataupun ada juga yang mengalami penglihatan kabur buat sementara. Sakit migrain selalunya berdenyut-denyut dan sering kali terjadi hanya melibatkan sebelah kepala. Keadaan yang teruk mungkin membawa kepada rasa loya dan muntah.

Pakar perubatan mempercayai bahawa migrain berlaku akibat penyempitan pada saluran darah di kepala. Bahkan juga berkaitrapat dengan faktor gen yang mengawalatur aktiviti sel-sel otak.

Bagi anda yang kerap diserang migrain, buat DIARI MIGRAIN. Ini kerana sedikit sebanyak membantu anda bagi mengenalpasti punca migrain, seterusnya dapat menghindari serangan migrain tersebut. Catat di dalam diari anda segala apa yang anda lakukan, makan, aktiviti, suhu dan sebagainya yang berlaku sebelum serangan migrain anda.

Berikut disenaraikan 10 faktor-faktor penyebab migrain yang dikenalpasti:

  1. Makanan - Kenalpasti beberapa jenis makanan yang anda mungkin sensitif terhadapnya. Baca label yang tertera pada bungkusan makanan agar anda tahu kandungannya. Antara makanan yang boleh mencetuskan serangan migrain ialah seperti: Pisang, buah pala, kismis, produk tenusu (keju, aiskrim, krim, susu, yoghurt), jeruk, buah citrus, betik, plum, kicap, perasa makanan (MSG), avokado, coklat, kacang, mentega kacang, bawang, kacang peas, daging proses yang mengandungi nitrit, saccharin/aspartame (diet soda), belacan, kentang yang diproses, makanan mengandungi ragi (donut, roti) dan sebagainya.
  2. Kafein - Minuman atau makanan yang mengandungi kafein boleh mencetuskan migrain akan tetapi bagi sesetengah individu juga ia boleh mengatasi migrain. Ini bergantung kepada keserasian. Kafein terkandung di dalam kopi, minuman soda (cola), teh, coklat, minuman tenaga dan suplemen makanan bagi melangsingkan badan.
  3. Stress dan perubahan emosi - Tekanan, marah, kemurungan dapat menyebabkan migrain. Kaedah mengatasi stress amat penting untuk dipelajari bagi mengawal serangan migrain.
  4. Rangsangan deria berlebihan - Rangsangan deria yang melampau seperti bau minyak wangi, bau rokok, bau cat atau thinner, ammonia dan bau masakan juga boleh menyebabkan migrain. Lampu terang yang berkelip, sinar matahari yang terik atau pergerakan (seperti dalam kereta atau keretapi) juga boleh menyebabkan migrain. Sediakan kaca mata hitam untk digunakan di waktu cahaya terik dan mengelakkan dari mengikuti jalan yang berliku boleh juga membantu.
  5. Masalah tidur - Terlalu banyak atau kurang tidur termasuk tidur yang terganggu dapat menyebabkan migrain. Pastikan anda mendapat tidur berkualiti yang mencukupi (6 hingga 8 jam).
  6. Perubahan suhu dan ketinggian - Perubahan cuaca dan suhu yang mendadak seperti hujan yang tiba-tiba boleh menyebabkan migrain. Berada pada paras ketinggian yang tinggi juga boleh mengakibatkan migrain seperti ketika mendaki gunung.
  7. Faktor fizikal - Aktiviti yang berlebihan seperti senaman terlampau termasuklah mengangkat benda yang berat boleh menyebabkan migrain. Makan makanan yang tinggi serat (sayuran/buahan) bagi mengelakkan sembelit.
  8. Lapar - Keadaan terlalu lapar atau hypoglycemia (kandungan gula yang rendah dalam darah) boleh mengakibatkan migrain. Sentisa makan on-time tetapi janganlah makan terlalu banyak pula.
  9. Perubahan hormon - Migrain boleh menyerang ketika wanita mengalami haid atau putus haid. Ini disebabkan oleh perubahan tahap hormon di dalam badan. Pil perancang keluarga juga merupakan punca penyebab.
  10. Kesan sampingan ubatan - Ubat yang bertindak mengembangkan salur darah seperti hydralazine dan nifedipine (ubat darah tinggi). Ubatan lain adalah seperti cimetidine (untuk gastrik), fenfluramine (ubat diet), indomethacin (ubat sakit sendi), nitroglycerine (ubat jantung), theophylline (ubat asthma), estrogen (HRT dan pil perancang keluarga). Berbincanglah dengan doktor anda bagi mendapatkan ubat yang serasi dengan anda.

    Ubat-ubatan boleh membantu mencegah terjadinya migrain serta mengurangkan kesakitan migrain. Tetapi dinasihatkan bahawa jangan terlalu bergantung kepada ubat penahan sakit kerana ianya mempunyai kesan sampingan yang memudaratkan (gastrik, ulser perut, kerosakan buah pinggang) jika diambil terlalu kerap. Kebanyakan penghidap migrain mendapati terapi stress turut boleh membantu mencegah migrain

Pati Gamat Plus/ Vita membantu mengatasi penyempitan saluran darah di kepala yang dipercayai punca kepada migrain. Ia bertindak dengan cara melebarkan salur darah dan sekaligus melancarkan perjalanan darah ke otak. Pengambilan konsisten secara tidak langsung boleh mengurangkan risiko serangan migrain. Dalam masa yang sama, kenalpasti dan elakkan faktor pencetus migrain.

 

Lady V, Prihatin Terhadap Keperluan Wanita

Sedarkah anda penggunaan tuala wanita biasa boleh meningkatkan risiko penyakit wanita seperti kanser? Beberapa akhbar pernah menerbitkan artikel berkenaan tuala wanita ancaman kesihatan dari dalam. Jadi persoalannya adakah anda benar-benar mengambil perhatian serius tentang jenis yang tuala wanita yang anda gunakan hari ini?

Tuala wanita diklasifikasikan dalam FMCG (fast moving consumer goods) dimana dihapuskan selepas setiap penggunaan.

Maka, sesetengah pengilang menggunakan kertas kitar semula atau pulpa kayu sebagai bahan mentah untuk menjimatkan kos pengeluaran. Bahan mentah ini kemudiannya dilembutkan dan dilunturkan melalui proses perlunturan dengan KLORIN dan digembur sehingga menghasilkan lapisan yang gebu seperti kapas. Tahukah anda proses klorinasi ini sebenarnya menghasilkan bahan sampingan DIOKSIN yang toksik kepada manusia.

Kandungan DIOKSIN yang tertinggal dalam tuala wanita biasa boleh meresap masuk ke dalam tubuh si pemakainya dan kemudian tersimpan dan terkumpul di dalam sel lemak tubuh. Ianya boleh kekal di dalam badan sehingga mencapai 7 hingga 11 tahun dan meninggalkan kesan terhadap masalah kesuburan, sistem imun, kanser serta gangguan hormon. Jadi tidak hairan lah seandainya ia dikaitkan sebagai faktor risiko kepada Kanser Serviks di mana turut mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun untuk berkembang.

Seandainya anda mengalami simptom seperti lelehan keputihan, senggugut, kegatalan atau jangkitan pada luar dan dalam vagina, keradangan serviks, panas badan, sakit di bahagian abdomen dan masalah kulit akibat penggunaan tuala wanita biasa, jadi bertukarlah sekarang.

Lady V, tuala wanita (alas panti, penggunaan siang dan malam) dengan inovasi terkini herba pudina, cip anion dan kandungan kapas berkualiti tinggi membantu menjamin kualiti kesihatan wanita yang lebih baik. Kenapa anda perlu bertukar kepada Lady V?

  • Herba pudina dengan bauan yang segar memberi anda rasa nyaman yang berpanjangan, malah ianya baik bagi mengurangkan kesakitan semasa haid serta menenangkan ketegangan otot. Pudina turut mempunyai kesan anti-bakteria.
  • Cip anion membebaskan ion negatif atau oksigen yang boleh membantu membunuh bakteria, memberi keselesaan kepada kulit serta melancarkan aliran darah dengan mengeluarkan darah beku dari faraj dengan sempurna.
  • Kandungan kapas gred A sesuai untuk kulit atau bahagian intim wanita yang sememangnya lembut dan sensitif.
  • Lapisan Polimer Penyerap Super menyerap kebasahan dengan cepat memberikan anda rasa kering dan selesa.
  • Lapisan terbawah yang telus udara membantu melepaskan haba dan mencegah pembentukan udara lembap serta bahang di antara kawasan tuala wanita dengan kulit memberikan keselesaan semasa menstruasi.
  • Tuala wanita penggunaan siang dan malam mempunyai sayap bagi mencegah kebocoran ke kawasan tepi serta memastikan kedudukan tuala wanita supaya tidak bergumpal.

Lady V, sentiasa prihatin dengan keperluan wanita, memberi keselesaan maksima tanpa menyebabkan kerengsaan di kawasan intim. Nikmati sendiri kelebihan Lady V bagi setiap menstruasi anda, dan alas panti amat sesuai digunakan setiap hari bagi membantu menjamin kebersihan dan mencegah keputihan abnormal bagi wanita.

Atasi Jerawat Dengan SW2

Adakah masalah jerawat itu satu perkara biasa?

Jerawat atau istilah perubatannya acne vulgaris merupakan salah satu masalah kulit yang paling biasa dialami. Kira-kira 80% dari populasi umur antara 12 hingga 25 tahun menghidap masalah jerawat.

Terdapat 3 Faktor yang menyumbang kepada terjadinya jerawat iaitu penghasilan sebum yang berlebihan bersama-sama sel kulit mati serta pembentukan bakteria.

Punca terjadinya jerawat adalah sangat kompleks dimana melibatkan pelbagai sistem dan bahan kimia tubuh seperti hormon, enzim, sistem imun yang bekerja bersama-sama. Jadi untuk mengenalpasti punca utama jerawat semestinya turut kompleks.

Hormon androgen lelaki, perubahan hormon ketika hamil, pengambilan pil perancang, sesetengah ubat-ubatan dan faktor pemakanan memburukkan lagi keadaan jerawat. Tapi ada juga yang mengambil pil perancang menjadikan jerawat semakin terkawal.

MITOS JERAWAT :

FAKTA: Sebaliknya, makanan berasaskan tenusu serta kaya karbohidrat yang boleh mencetuskan peningkatan gula darah merupakan penggalak kepada pertumbuhan jerawat dan keradangan.

Bagi sesetengah orang, jerawat hanya timbul sesekali, ataupun lazimnya sebelum seseorang wanita tersebut datang haid. Namun ada pula yang mengalami masalah berlanjutan bertahun-tahun. Sehinggakan meninggalkan kesan parut dan kerosakan pada kulit. Jerawat atau ance vulgaris ini bukan hanya tertumpu dibahagian muka sahaja, tetapi bahagian belakang badan, leher dan dada turut menjadi sasaran.

Satu penyelidikan telah dijalankan di Jerman mengkaji tentang kaitan rokok dengan kekerapan pertumbuhan jerawat dan keterukan jerawat. Keputusan menunjukkan terdapat prevalens yang tinggi di kalangan individu yang menghisap rokok berbanding mereka yang tidak menghisap rokok. Sebagai kesimpulan tabiat menghisap rokok telah disenaraikan sebagai salah satu faktor risiko tercetusnya jerawat.

SW2 Gentle Facial Cleanser, kaedah penyelesaian secara luaran yang mudah bagi mereka dengan masalah jerawat tidak terkawal. Kandungan bahan aktif Chromolaena odorata dengan sifat anti-bakteria dan anti-inflamasi semulajadi mampu melawan beberapa jenis bakteria punca jerawat. Kandungan glisina mampu melembapkan kulit tanpa mengeringkan wajah anda, malah mengurangkan keterukan jerawat tersebut.

Perut Meragam Mungkinkah Kanser…

IBS (irritable bowel syndrome) didefinisikan sebagai gangguan fungsi usus dengan simptom yang pelbagai. Selalunya simptom gangguan ini bercampur baur antara cirit, sembelit, memulas, kembung, angin, perasaan tidak puas untuk buang air besar, tergesa-gesa untuk buang air besar dan pembuangan lendir yang banyak bersama najis. Kadangkala wanita akan mengalami simptom yang lebih ketara ketika datang haid. Punca sebenar akan permasalahan ini masih belum diketahui walaupun dikatakan mungkin ianya berpunca dari keadaan hipersensitiviti usus, masalah stress atau gangguan emosi dan selepas mengalami cirit-birit akibat jangkitan kuman. Dijangkakan 10 hingga 20% manusia sedang atau pernah mengalami masalah ini.

IBS tidak menyebabkan gangguan yang memudaratkan kesihatan namun ianya perlu di periksa secara teliti dengan menggunakan kaedah X-ray atau kolonoskopi bagi mengenalpasti masalah penyakit yang lain yang mungkin juga berselindung di sebalik gejala IBS ini seperti kanser usus, penyakit Crohn, penyakit thyroid (thyrotoxicosis), penyakit celiac, intoleransi laktosa, jangkitan parasit, penyalahgunaan ubat julap dan pelbagai lagi.

Simptom dan masalah sakit perut berlaku sekurang-kurangnya 3 hari dalam masa sebulan pada 3 bulan berturut-turut disertai dengan 2 dari 3 ciri berikut:

  1. Sakit yang berkurangan setelah membuang air besar.
  2. Perubahan pada kekerapan membuang air besar.
  3. Perubahan pada bentuk atau rupa najis.

Individu dengan IBS juga boleh bercampur antara terjadinya sembelit dan cirit-birit ataupun salah satu. Simptom lain yang turut menyokong ke arah masalah IBS ialah:

• Kekerapan membuang air besar yang tidak normal (lebih dari 3x sehari atau kurang dari 3x seminggu)

• Rupa bentuk najis yang tidak normal (dalam bentuk pensil atau bulat seperti tahi kambing atau cair).

• Pembuangan air yang terganggu (terpaksa meneran, perasaan tidak dapat tahan/tergesa-gesa ataupun tidak puas selepas membuang air besar).

• Rasa kembung dan angin.

• Keluar lendir putih ketika membuang air besar.

Antara tip yang boleh diamalkan bagi mereka yang mengalami IBS adalah seperti berikut:

  1. Menjaga pemakanan - sesetengah makanan dan minuman boleh menjejaskan lagi keadaan IBS seperti makanan berlemak/berminyak, produk tenusu seperti keju dan aiskrim, coklat dan minuman berkafein/bergas (tidak semestinya sama untuk setiap orang) manakala makanan yang boleh membantu pula ialah yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayuran serta bijirin. Psyllium / Plantago ovata juga boleh membantu meredakan simptom. Makan secara kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit. 
  2. Mengamalkan ubat-ubatan yang boleh membantu atas nasihat doktor • ubat pelawas (laxatif/julap) ataupun penahan cirit. • ubat antispasm (mengatasi perut memulas). • ubat mengatasi kemurungan ataupun stress.
  3. Mempraktikkan kaedah meredakan stress. • meditasi/zikir/yoga. • senaman. • kaedah hypnosis dan lain-lain.

Jalani pemeriksaan usus dan kesihatan secara terperinci oleh doktor pakar (Gastroenterologist) untuk mengesan sebarang penyakit yang mungkin tersembunyi di sebalik masalah IBS (irritational bowel syndrome).

Bioseed dan Bioseed Enzim membekalkan sumber Plantago ovata boleh membantu meredakan simptom IBS. Amalkan setiap hari dengan pengambilan air yang mencukupi. Dan tambahan ramuan berkhasiat seperti Ulmus fulva, probiotik dan enzim untuk usus yang sihat dan fungsi sistem penghadaman yang optima.

G-café Pegaga Bantu Kurangkan Risiko Serangan Gout

Gout didefinasikan sebagai penyakit sendi yang amat sakit disertai dengan bengkak, merah dan terasa panas dikawasan sendi terlibat. Lelaki lebih cenderung dan mudah mendapat gout (lebih kurang 90% dan kerap berlaku dikalangan umur 40 hingga 50 tahun) berbanding wanita di mana risiko meningkat selepas usia menopaus.

Nodus yang terbentuk akibat goutGout terjadi apabila kristal asid urik terkumpul dibahagian tisu penghubung, ruang sendi, atau kedua-duanya yang berpunca daripada kegagalan metabolisme asid urik. Ini menjadikan asid urik terbentuk dengan banyak atau kurang dikumuhkan. Pesakit gout menunjukkan bacaan asid urik yang tinggi di dalam darah berserta sering mengalami sakit sendi akut (menyerang secara tiba) dan kronik (sakit berpanjangan) yang berulang-ulang kali.

Sendi yang sering diserang gout akut adalah dibahagian ibu jari kaki, tapak kaki, buku lali, tumit, lutut, pergelangan tangan, jari serta siku. Malah ia kerap berlaku diwaktu malam hari. Serangan gout ini dipercayai dipengaruhi oleh keadaan stress, alkohol, ubat-ubatan malah masalah kesihatan tertentu turut menjadi punca serangan.

 

Serangan gout lazimnya mengambil masa antara 3 hingga 10 hari, walaupun tanpa rawatan diambil, dan ada juga yang berlaku dalam tempoh yang lama, berbulan-bulan sehingga ada yang mencapai bertahun-tahun. Walaubagaimanapun, serangan gout boleh juga berlaku dengan kerap.

Gout yang tidak dirawat membawa kepada pembentukan nodus yang mengandungi garam urate yang dipanggil tofi di beberapa bahagian sendi seperti jari, tangan, kaki dan siku. Malah mereka turut berisiko mendapat batu karang buah pinggang yang berpunca daripada garam kristal urate ini.

Tip mencegah gout:

  1. Pastikan minum air 8 hingga 16 gelas sehari (2 hingga 4 liter), hadkan minuman manis terutamanya yang mengandungi pemanis sirap jagung (high fructose corn syrup).
  2. Makan makanan sihat dan seimbang mengikut saranan pemakanan Malaysia. Banyakkan ambil buah-buahan dan sayuran, bijirin penuh, susu bebas lemak atau rendah lemak.
  3. Dapatkan khasiat protein daripada produk tenusu rendah lemak. Produk tenusu rendah lemak boleh merendahkan paras asid urik di dalam darah.
  4. Hadkan pengambilan daging, ikan dan ayam. Organ dalaman seperti hati, buah pinggang, otak, ikan bilis, telur ikan dan sardin antara makanan yang berisiko meningkatkan serangan gout.
  5. Kekalkan berat badan ideal. Berat badan berlebihan menyukarkan perkumuhan asid urik. Namun penurunan berat badan yang mendadak juga boleh meningkatkan paras asid urik dalam jangka masa pendek

Gout boleh dirawat. Mendapatkan rawatan secepat mungkin dan pengurusan penyakit yang terkawal seperti mendapatkan berat badan sesuai serta menjaga pemakanan boleh membantu mengatasi gout.

Produk Bioseed, Pati Gamat Plus Vita dan G-café Pegaga membantu mengurangkan risiko Gout dengan cara menyingkirkan asid urik berlebihan dari darah dan meningkatkan penurasan asid urik keluar melalui air kencing. Pastikan anda minum air secukupnya. Minyak linimen mengurangkan sakit sendi akibat gout dan meredakan keradangan gout.

Apa itu Gamat?

Secara tradisional, Gamat digunakan oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun dahulu untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin, sebagai minuman tonik untuk mengembalikan tenaga, dijadikan minyak urut untuk meredakan sakit sendi dan otot malah turut diaplikasikan pada gigitan serangga untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Namun begitu, terdapat lagi individu yang masih keliru membezakan antara Gamat dan Timun Laut. Gamat merupakan famili Timun Laut di mana 9 spesies daripada 49 spesies Timun Laut telahpun dikenalpasti di perairan Malaysia. Menariknya, paling istimewa dan bernilai dari sudut perubatan iaitu “Gamat Emas” adalah dari spesies Stichopus horrens melalui kajian DNA oleh Kamarul, Ridzwan dan Gires pada tahun 2010 (dahulunya dikenali sebagai Stichopus hermanii.

Gamat 1

Gamat berbentuk silinder dengan leper pada bahagian dorso-ventral, tanpa tulang belakang dan mempunyai bukaan pada bahagian hadapan dan belakang. Terdapat beberapa mekanisma pembiakan bagi gamat iaitu secara seksual, atau aseksual (pembelahan badan) dan autotomi (penyerpihan kulit badannya).

Prof. Dr. Hj. Ridzwan Hashim (kini Konsultan Gamat Emas Sdn Bhd) telah mempelopori penyelidikan Timun Laut di Malaysia bermula sejak tahun 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah dengan kerjasama Ko-Nelayan Sabah dan beberapa agensi berkaitan. Rentetan daripada ini, beberapa kumpulan penyelidik dari universiti tempatan muncul dengan kajian-kajian tentang Gamat dan Timun Laut.

Masih bertapak teguh, Prof. Dr. Hj. Ridzwan Hashim kini adalah merupakan penyelidik utama mengenai pembiakan Timun Laut di bawah Geran TechnoFund, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan beliau sedang berkhidmat sebagai Profesor di Jabatan Bioperubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan Pahang. Sebelum ini Prof. Dr. Ridzwan juga pernah mengetuai Geran IRPA RMK ke 7  mengenai Timun Laut di perairan Malaysia di bawah Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTE).

Selain daripada itu kepakaran beliau telah digunakan untuk pembikinan dokumentari mengenai gamat dan timun laut oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta termasuk Filem Negara Malaysia, Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia, beberapa program RTM dan TV3. Hampir kesemua akhbar Malaysia telah memetik atau menulis mengenai kajian Prof. Dr. Ridzwan mengenai Gamat juga Timun Laut. Prof. Dr. Ridzwan kini masih aktif membimbing pelajar PhD dan Master termasuk dari luar negara. Setakat ini beliau telah menghasilkan 4 buah buku mengenai Timun Laut dan sumber makanan laut.

gamat 2

Hasil penyelidikan beliau dan rakan-rakan mendapati “Gamat Emas” kaya dengan kandungan protein melebihi 44%, 3-5% karbohidrat dan kurang dari 2% lemak kasar. Lebih memberangsangkan turut mempunyai pelbagai bahan bioaktif yang berkhasiat antaranya asid amino dan asid lemak perlu, vitamin, mineral dan sebagainya.

“Gamat Emas” sangat berkhasiat untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran. Kajian juga mendapati gamat berupaya membantu mencegah penyakit jantung, mengurangkan keradangan, penahan sakit, mencegah dan mengawal kencing manis serta tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit sendi, meredakan ulser dan gastrik serta berpotensi merawat jangkitan kulit. Gamat turut mengandungi  antioksidan semulajadi yang bertindak memberi perlindungan terhadap radikal bebas punca kerosakan dan kemerosotan sel.

Menyedari hakikat kebaikan Gamat yang terlalu luas dan universal maka kami di GESB memformulasikan produk penjagaan kesihatan berasaskan Gamat di bawah pengawasan pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama ‘eMas’ khusus untuk anda!

Pengiktirafan Sijil Halal

PENGIKTIRAFAN SIJIL HALAL

Produk Gamat êMas tidak perlu diragui lagi akan kesucian dan kebersihannya kerana ianya telah mendapat Sijil Pengesahan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Oleh itu, bagi pengguna Muslim khususnya tidak perlu lagi meragui akan kesucian produk Gamat êMas ini. Samada produk penggunaan luaran mahupun untuk dimakan telah mendapat pengesahan Halal.

Sijil Pengesahan Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM untuk produk Gamat eMas

Kelulusan KKM @ MAL

KELULUSAN KKM @ MAL

Produk Yang Mempunyai MAL

Gel Mandian Gamat / Gamat Bath Gel: MAL05031925K
Losyen Badan Gamat / Gamat Body Lotion: MAL04071417K
Krim Gamat / Gamat Cream: MAL05031927K
Pencuci Muka Gamat / Gamat Facial Wash: MAL05031926K
Syampu Rambut Gamat / Gamat Hair Shampoo: MAL04071627K
Orogard (Ubat gigi) / Orogard (Toothpaste): MAL05061456K
Gel Gamat / Gamat Gel: MAL 05091921K
Linesse / Linesse (Body Contouring Gel): MAL05110469K
Sabun Gamat / Gamat Soap: MAL06060277K
Krim Urut Gamat / Gamat Massage Cream: MAL06061526XC
Minyak Linimen Gamat / Gamat Liniment Oil: MAL06061524XC

Produk yang diklafikasikan sebagai 'MAKANAN' dan telah mendapat kelulusan dari Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia Di Bawah Akta Makanan 1983 Dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

  • Pati Gamat Plus Vita (PGPV)
  • Pati Gamat Plus (PGP)
  • Bioseed
  • Bioseed Plus Life Enzyme
  • Bio-B
  • Bio-H
  • Beautreme
  • C3 Spirulina
  • G-Cafe (G-Cafe New / G-Cafe Original / G-Cafe Pegaga)

Lesen Perniagaan

Gamat éMas merupakan antara syarikat yang mendapat kelayakan untuk pembaharuan lesen perniagaan selama 5 tahun yang jarang-jarang diperolehi oleh syarikat MLM tempatan. Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan memberi sokongan kepada syarikat seperti Gamat éMas sebagai sebuah syarikat Bumiputra yang mengeluarkan produk tempatan dan berasaskan bahan asas tempatan iaitu Gamat Emas.

Lesen AJL

MAKLUMAT PENDAFTARAN SYARIKAT GAMAT EMAS
No Pendaftaran :
495209 K
No Lesen AJL :
AJL 931357

Laman 1 of 2